≡ Menu

2 Tips Memilih Kain Cotton

Dalam pemilihan kain cotton pastikan 2 perkara yang sangat penting iaitu kualitI kain dan juga corak atau warna kain tersebut. Kain cotton biasanya terbahagi kepada 3 jenis iaitu kain cotton biasa, kain full cotton atau 100% cotton dan jenis satin.

Kain Cotton Biasa

Kain cotton jenis ini biasanya lebih selesa dan sejuk untuk dipakai berbanding kain pasang yang dibuat daripada jenis polyster. Dengan harga yang lebih murah, kain cotton jenis ini mempunyai corak yang paling lengkap dan banyak pilihan berbanding jenis kain cotton yang lain dengan kandungan cotton yang tinggi.

Kain Full Cotton (100% Cotton)

Kain cotton ini biasanya lebih baik berbanding dengan kain cotton biasa. Si pemakai akan terasa lebih selesa dan sejuk kerana bahan ini mempunyai kualiti yang sangat baik. Tetapi dengan kandungan cotton 100% ini, kain akan mudah kusut dan memerlukan jagaan yang lebih rapi. Bagi memilih kain cotton yang diperbuat dari jenis ini anda diminta lebih berhati-hati kerana kebanyakkan penjual kain cotton akan menyatakan bahawa kain cotton mereka adalah 100% tetapi sebenarnya kain cotton penjual tersebut adalah yang biasa sahaja. Kain cotton jenis 100% cotton akan terasa lebih lembut dan mudah kusut bila dipegang. Bahan pewarna yang digunakan adalah lebih baik.

Kain Cotton Jenis Satin

Kain cotton jenis satin ini juga adalah 100% cotton tetapi strukturnya anyamannya adalah berbeza. Anyaman bagi kain cotton jenis satin ini adalah saling silang antara 1 benang dengan 4 atau 7 benang yang lain. Semakin banyak bernang yang menyilang, semakin lembut dan halus kain tersebut, tetapi juga semakin rapuh anyaman terhadap berus sewaktu mencuci. Ciri-ciri kain satin adalah seperti agak berat, berkilat pada permukaannya dan walaupun terasa lebih tebal, tetapi kain ini lebih lembut. Selain itu juga warna juga mempengaruhi tahap kelembutannya. Kain yang sebahagian besar berwarna putih tersa lebih lembut berbanding kain yang berwarna-warni.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kain cotton murah, kami adalah pemborong kain cotton terbesar di Malaysia.

Jom dapatkan katalog borong kain cotton dan harga terkini kami. Sila klik di sini -> Download Katalog Borong

Alamat kedai:

1. Shah Alam, Selangor (HQ)

SWI Textile (SA0305992-X)
No 46-G, Jalan Kota Raja M27/M,
Hicom Town Centre, Seksyen 27,
Shah Alam, Selangor.

Contact No.: 019 246 0691

Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis (11:00 am – 8:00 pm)
Jumaat (Tutup)

2. Kuantan, Pahang

SWI Textile (SA0305992-X)
No.B82, Tingkat 1A,
Lorong Tun Ismail 6,
25000 Kuantan, Pahang.

Contact No.: +6016 432 5368 / +6012 953 6482

Waktu Operasi:
Isnin – Ahad (10:00 am – 6:00 pm)

3. Johor Bahru, Johor

SWI Textile (SA0305992-X)
21-1, 1st Floor,
Jalan Setia Tropika 1/27,
Taman Setia Tropika,
Johor Bahru, Johor.

Contact No.: +6011 2584 9690

Waktu Operasi:
Isnin – Ahad (10:00 am – 6:00 pm)

 

10 comments… add one
  • Denaihati June 24, 2014, 2:34 pm

    ada beza Kain Cotton Biasa dengan Kain Full Cotton (100% Cotton) rupanya, agak susah juga nak pastikan bila tag letak (100% Cotton) tu.

  • myrujukan July 3, 2014, 12:22 pm

    boleh buat dropship x

  • sharifah dyana August 18, 2014, 3:02 am

    dimana letaknya kedai untuk beli borong ni?

    • Pemborong Kain Cotton November 22, 2014, 6:40 am

      SWI Textile (SA0305992-X)
      No. 3, 1st Floor, Jalan Labu 28/23,
      Seksyen 28, Shah Alam, Selangor.
      Tel: 019 246 0691

  • Lai March 4, 2015, 2:52 pm

    Kain cotton poket 1 kodi brape? Nk borong

    • Pemborong Kain Cotton March 26, 2015, 2:21 pm

      SWI Textile (SA0305992-X)
      No. 3, 1st Floor, Jalan Labu 28/23,
      Seksyen 28, Shah Alam, Selangor.
      Tel: O19 246 O691
      .
      BORONG
      RM48/psg – 5 psg
      RM44/psg – 10 psg
      RM42/psg – 50 psg
      RM37/psg – 100 psg
      .
      Measurement: 3.5 meter; bidang 60

  • Suzi October 8, 2015, 4:43 pm

    Nak tanya , dlm banyak2 kain cotton ,cotton jenis apa yg sesuai buat baju sanding ye ?

  • farazainal April 13, 2016, 3:58 am

    Assalamualaikum puan/tuan,

    bagaimana ya untuk saya dapatkan catalog untuk setiap design kain cotton yang disediakan?
    berapa harga yang perlu di bayar untuk mendapatkan catalog kain yang di jual di kedai tuan puan?

Leave a Comment