≡ Menu

5 Tips Penjagaan Kain Cotton

Ramai diantara kita tidak ambil berat tentang penjagaan kain cotton. Penjagaan kain cotton tidaklah susah seperti kain silk. Jika kita abaikan mungkin kain cotton akan tidak tahan lama. Minggu ini kami nak berkongsi dengan anda semua cara-cara penjagaan kain cotton untuk tahan lama dan warna kekal cantik tidak luntur.

  1. Sebelum di hantar ke ‘tailor’ untuk tempahan anda dinasihatkan membuat basuhan pertama ke atas fabrik / kain cotton terlebih dahulu. Ini kerana fabrik cotton anda akan ‘mengecut’ (shrink) sedikit selepas basuhan awal. Untuk mengelakkan ukuran baju kita tak sama anda adalah digalakkan berbuat demikian.
  2. Elak menggunakan ‘bleach’ atau ‘chemical’ lain selain daripada detergent anda. Pelembut fabrik (softener) mungkin juga akan mengurangkan pernafasan fabrik / kain cotton anda.
  3. Anda boleh basuh fabrik / kain cotton dengan tangan atau dengan washing machine dengan air sejuk atau suam. Kalau boleh basuh berasingan dengan fabrik / kain cotton warna yang lain. (jika nak kekalkan warnanya).
  4. Bila menjemur elakkan dari jemur di bawah sinaran matahari yang terik. Kalau guna ‘dryer’, jangan terlalu lama dan sebaik-baiknya lipat atau gantung kain lepas guna ‘dryer’. Jangan campak dalam bakul selepas guna ‘dryer’ dan biar terlalu lama, nanti mudah berkedut.
  5. Sebaiknya terbalikkan baju (inside-out) sebelum basuh dalam washing machine.

Lepas nie boleh cuba amalkan. Insyaallah kain cotton kita akan tahan lama dan kekal cantik 🙂

Jika anda berminat untuk mendapatkan kain cotton murah, kami adalah pemborong kain cotton terbesar di Malaysia.

Jom dapatkan katalog borong kain cotton dan harga terkini kami. Sila klik di sini -> Download Katalog Borong

Alamat kedai:

Shah Alam, Selangor (HQ)

SWI Textile (SA0305992-X)
No 46-G, Jalan Kota Raja M27/M,
Hicom Town Centre, Seksyen 27,
Shah Alam, Selangor.

Contact No.: +6019 246 0691

Waktu Operasi:
Isnin – Sabtu (9:00 am – 6:00 pm)
Ahad (Tutup)

6 comments… add one
  • Denaihati May 28, 2014, 2:53 pm

    terima kasih maklumat ni, rasanya memang ramai yang tak basuh dulu sebelum hantar ke tukang jahit, lepas ni kena basulah.

    • Pemborong Kain Cotton May 28, 2014, 6:42 pm

      betul tu, kebanyakkan kain akan mengecut sikit selepas dibasuh..saiz pun akan lari sikit

  • Khadeejah Hasmad May 29, 2014, 1:14 am

    Oh softener pun tak recommended ya. Baru tahu. Terima kasih untuk perkongsian menarik ini 🙂

  • jiesusanos May 29, 2014, 2:18 pm

    tq utk tip ni..boleh cuba nanti..

  • azleen May 31, 2016, 12:27 am

    mohon share ?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.