≡ Menu

8 Tips Mudah Pilih Warna Baju Yang Sesuai

Kajian mendapati 90% wanita berkerjaya hadapi masalah pilih baju sesuai. Samada untuk ke pejabat, keluar bersama rakan mahupun ke majlis kenduri. Masalah bertambah rumit apabila baju tidak “matching” dengan tudung. Mana nak cekau tudung yang masuk warna dengan baju. Warna apa yang sesuai dengan tema majlis kenduri. Semua ini ibarat mimpi ngeri bagi wanita yang mementingkan penampilan di luar rumah.

Disini, saya rasa berbesar hati untuk berkongsi tips pilih warna baju sesuai untuk anda. Insyaallah sedikit sebanyak bolehlah membantu:

1. Warna Merah
Maksud : Ghairah, kuat, berani, yakin diri.

Waktu yang paling sesuai untuk mengenakan warna ini adalah pada waktu malam. Sebagai contoh, makan malam bersama suami tersayang.

Jika anda akan menghadiri temuduga, elakkan pakai warna ini. Kerana ia mungkin akan timbulkan persepsi kurang senang bakal majikan anda.

2. Warna Biru
Maksud : Ketenangan, kesetiaan, dipercayai.

Untuk hadir temuduga, pilihan warna biru amat tepat. Ia meyakinkan bakal majikan untuk ambil anda bekerja. Silap-silap boleh dapat jawatan yang dikehendaki.

Biru tua sinonim dengan majlis formal atau seragam. Manakala warna biru muda sesuai dengan program tidak formal. Kalau mahu kelihatan lebih humor dan kreatif, boleh cuba gayakan warna baju gabungan biru dan ungu.

3. Warna Hijau
Maksud : Kedamaian, kesihatan, nasib baik.

Warna alam semulajadi ini sesuai digayakan pada waktu petang. Jika mahu memakai warna hijau sepanjang hari, lebih baik pilih warna hijau pastel.

Jika anda nampak pasangan kekasih sedang memilih baju warna hijau zamrud, ketahuilah mereka bakal berkahwin.

4. Warna Kuning
Maksud : Keriangan, keremajaan, berimaginasi.

Memakai baju berwarna kuning menampakkan anda seorang yang suka bersahabat dan ramai kawan. Sesetengah orang mengelak mengenakan warna ini kerana bimbang terlalu menjadi perhatian orang.

Sedangkan warna kuning wujud dalam pelbagai variasi warna yang dimulai dengan warna pastel hingga kuning pekat. Memilih corak bunga warna kuning pada baju mungkin lebih baik jika anda tidak gemar menggayakan warna ini untuk sesuatu majlis bertema kuning.

5. Warna Merah Jambu
Maksud : Kelembutan, cinta, kewanitaan.

Warna ini disukai ramai wanita kerana ia memaparkan karakter lembut golongan hawa. Jika anda ingin suasana makan malam romantik bersama suami, gayakan warna merah jambu lembut. Warna ini sentiasa sesuai dipakai setiap waktu.

6. Warna Kelabu
Maksud : Serius, matang, kebolehpercayaan.

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook memakai baju berwarna kelabu setiap hari untuk menampakkan kesungguhannya dalam meningkatkan nilai kepercayaan pengguna Facebook terhadap isu keselamatan maklumat peribadi.

Anda akan kelihatan lebih bertanggungjawab jika hadir temuduga dengan warna ini. Tetapi elakkan memakai warna kelabu dari atas ke bawah. Nampak membosankan! Beri sentuhan warna lain seperti corak merah, kasut kuning atau anting-anting zamrud.

7. Warna Hitam
Maksud : Unggul, kukuh, canggih.

Warna hitam adalah warna klasik dan universal. Di suatu sudut, warna ini menggambarkan watak jahat dan murung. Kena pandai main warna!

Jika anda bercadang ke majlis keraian (bukan kematian) dengan warna ini, pastikan anda tambah sedikit keceriaan pada wajah dengan solekan cerah, rantai batu berkilau serta aksesori berwarna merah atau kelabu.

8. Warna Putih
Maksud : Kesucian, kebersihan, kerohanian.

Warna ini sangat sesuai digayakan pada hari pernikahan. Ia melambangkan ikatan percintaan yang suci murni. Memakai baju berwarna putih boleh melawan penyakit “Monday Blues” iaitu perasaan malas bekerja pada hari Isnin.

Warna suci ini sesuai dipakai ketika anda berziarah ke masjid atau majlis agama. Memakainya bukan sahaja sunnah bahkan menampakkan ciri orang yang tenang.

Sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak tips pilih warna baju yang sesuai. Cuba kongsikan dengan saya warna baju kesukaan anda di ruangan komen dibawah.

Sumber: Cotton Ville

Jika anda berminat untuk mendapatkan kain cotton murah, kami adalah pemborong kain cotton terbesar di Malaysia.

Jom dapatkan katalog borong kain cotton dan harga terkini kami. Sila klik di sini -> Download Katalog Borong

Alamat kedai:

1. Shah Alam, Selangor (HQ)

SWI Textile (SA0305992-X)
No. 3, 1st Floor, Jalan Labu 28/23,
Seksyen 28, Shah Alam, Selangor.

Contact No.: 019 246 0691

Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis (11:00 am – 8:00 pm)
Jumaat (Tutup)

2. Kuantan, Pahang

SWI Textile (SA0305992-X)
No.B82, Tingkat 1A,
Lorong Tun Ismail 6,
25000 Kuantan, Pahang.

Contact No.: +6016 432 5368 / +6012 953 6482

Waktu Operasi:
Isnin – Ahad (10:00 am – 6:00 pm)

3. Johor Bahru, Johor

SWI Textile (SA0305992-X)
21-1, 1st Floor,
Jalan Setia Tropika 1/27,
Taman Setia Tropika,
Johor Bahru, Johor.

Contact No.: +6011 2584 9690

Waktu Operasi:
Isnin – Ahad (10:00 am – 6:00 pm)

4. Kota Bharu, Kelantan

Trateh Textile
1252-i Jalan Long Yunus,
15200 Kota Bharu, Kelantan.

Contact No.: +6014 846 1642

Waktu Operasi:
10:00 am – 9:00 pm

4 comments… add one
  • nur September 21, 2017, 4:04 am

    Ni cotton gred apa yea? Gred AAA k?

    • pinvader September 24, 2017, 4:39 am

      English Cotton

  • Natasha October 5, 2017, 2:07 am

    Hello.
    Kalau dibasuh menggunakan mesin basuh, adakah ia akan mudah luntur walaupun dibasuh baru beberapa kali sahaja?
    Perlukan jawapan secepat mungkin, terima kasih.

    • pinvader October 12, 2017, 8:34 am

      x luntur

Leave a Comment